Deprecated: mysql_connect(): The mysql extension is deprecated and will be removed in the future: use mysqli or PDO instead in /home/nbkarane/public_html/system/database/mysql.php on line 6
About Us

About Us

NB Kara Sdn. Bhd. Merupakan sebuah syarikat penerbitan novel milik penulis prolific tanahair, Puan Norhayati Berahim yang ditubuhkan pada tahun 2004.

Selain daripada mengeluarkan novel-novel bermutu hasil nukilan beliau sendiri, syarikat ini juga menyokong bakat-bakat baharu yang berpotensi untuk diketengahkan di dalam dunia penulisan negara.

Novel-novel di bawah NB Kara tidak spesifik pada satu genre sahaja, bahkan meliputi pelbagai genre penceritaan yang menekankan aspek kekeluargaan, persahabatan, percintaan, persaudaraan, kejiranan, keagamaan, kemsyarakatan dan banyak lagi yang boleh membangunkan minda para pembaca.

Harapan NB Kara setiap kali selepas para pembaca membaca karya-karya di bawah syarikat ini ialah supaya nilai-nilai murni yang cuba diterapkan di dalam setiap naskhah dapat memberi satu impak positif dalam kehidupan da pembacaan itu. Bukan sekadar kosong semata-mata.

NB Kara Sdn. Bhd. Mengucapkan selamat menikmati kemanisan membaca kepada semua pembaca dan ucapan terima kasih kerana terus menyokong kami dalam menghasilkan yang terbaik untuk anda semua.